Wednesday, September 28, 2016

[Korean Drama] On the Way to the Airport

[Korean Drama] On the Way to the Airport | Haritu ada ternampak ada beberapa orang dah bercerita pasal drama Korea yang terbaru iaitu On the Way to the Airport by Korean Broadcasting System (KBS). So, Yana pun cuba lah tengok cerita ni juga...so far, memang best sebab plot penceritaan tu lain daripada cerita biasa.

Ia melibatkan dua pasangan yang dah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi kerana satu accident, mereka telah ditakdirkan bertemu melalui anak² mereka. Konflik rumahtangga, dan apabila orang asing tiba² masuk dalam hidup kau dan kau rasa serasi bersama. Tak sabar sebenarnya nak tengok konflik yang sebenarnya dalam drama ni... Tapi baru je on air 2 episod. Panjang lagi kisahnya taw...


Pelakon Utama

Jumlah Episod : 20
Genre : Melodrama, Romance
Tayangan : Khamis & Jumaat (8.55 malam)
KBS World Channel : Astro 391 @ 392 (HD)

Ada alasan kukuh kenapa korang wajib tengok drama ni taw... Kenapa??? Sebab ada benda yang sangat unik pasal drama ni taw... Jeng jeng jeng.... Hehe... Sebenarnya drama ni telah ditaja oleh syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, tak lain dan tak bukan iaitu Air Asia. Wowwwww....so, dalam drama ni pilot, steward & stewardess semua memakai uniform Air Asia yang warna merah tu. Dan di awal cerita pun dah banyak tempat penggambaran yang dibuat di Malaysia. Excited sungguh bila tengok drama ni...tengah² tengok..."Eh, ni KLIA", "Eh...ni Incheon Airport", "Eh...ni di Putrajaya", "Eh...ni Incheon Bridge"...bla bla bla...hehe...

Synopsis
This drama is about the relationship between people. The drama begins with a question, ‘Couldn’t there be any decent relationship between a married man and a married woman in this world?” It is a melodrama touching your heart to deliver empathy, solace and thoughts about ultimate love to drama fans through the stories of the leading characters.
Choi Soo Ah (Kim Ha Neul) works as an assistant purser at an airline. She has been working there for 12 years. Her husband is a pilot and they have a 12-years-old daughter. Choi Soo Ah thinks she is content with her life, but she meets Seo Do Woo (Lee Sang Yoon). Her life changes. Seo Do-Woo works as a part-time instructor in architecture. He has a bright and warm heart. He is married and they have a daughter, but a shocking incident occurs. Due to this, he becomes confused and Choi Soo Ah comes into his life. ~Synopsis by Koreandrama.org


Love, SNM ♥ xoxo

Monday, September 26, 2016

8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8

8 Sebab  untuk Dapatkan Huawei Honor 8 | Hai Pinky Dolls semua... Harini Yana nak buat review sedikit berkaitan Honor 8. Korang dah boleh mula purchase via Lazada Online taw... Selepas buat pembelian NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Machine haritu...Yana rasa nak shopping je dengan Lazada tiap² hari...good offers & deals, good products & fast delivery.

Bila dipandang²....rasa berkenan dan teringin pula nak pakai. Honor 8 dengan tagline "Beauty in Your Own Way" dan memang sesuai sangat dengan specs, functions and features yang dimuatkan dalam Honor 8 ni... 



Honor 8 Color : Gold, Blue, White & Black

8 Sebab  untuk Dapatkan Honor 8
  • [1] Rekabentuk Ekslusif (Craftmanship)  Mempunyai 15 lapisan craftmanship dan dengan 3D effects menghasilkan rekabentuk yang nampak elegan dan ergonomik.
  • [2] Memory  Honor 8 ini didatangkan dengan 4GB RAM bersama-sama 32GB & 64GB Internal Memory. Memandangkan saya suka mengambil gambar dan ia memberi lebih ruang untuk menyimpan gambar² di dalam telefon. Honor 8 juga mampu menyokong External Memory sehingga 128GB Micro SD Card.
  • [3] Kamera  Honor 8 ini mempunyai 12MP Dual Camera (Rear Side) dan 8MP (Front Side). Wowww...best tu. Ia juga ada kebolehan ambil gambar dalam keadaan kekurangan cahaya dan untuk kaki selfie sangat sesuai sebab ada function Perfect Selfie Mode. Awesome!
  • [4] Fingerprint Scanner  Dengan adanya 3D Fingerprint Scanner ni...ia mampu meningkatkan sekuriti telefon. Malah ianya ditambahbaik daripada keluaran terdahulu, iaitu dengan kepantasan 0.4saat unlock. Pantas kan? Pantas tapi selamat. Honor 8 juga menyokong NFC tag read N write. Pemindahan P2P dan SIM / HCE berasaskan pembayaran mudah alih. Kalau korang tak tahu ape maksudnya tu, korang just Google it...atau boleh baca di SINI
  • [5] Bateri Tahan Lama & Fast Charging  Dengan kapasiti bateri 3000mAh, ia disokong oleh Smart Power  yang mampu membuatkan bateri lebih tahan lama. Tambahan pula, dengan teknologi 9V/2A charging, ia memberikan power boost sehingga 47% dalam hanya 30 minit. Dengan cas hanya 10 minit, ia boleh bertahan untuk 2 jam phone-call. Ia sesuai sangat dengan persekitaran kerja saya yang banyak menggunakan telefon dan selalu bekerja di luar pejabat. 
  • [6] Strong Signals  Honor 8 ni dilengkapkan dengan dua antena (double antennae) yang dapat memastikan antena dapat memilih rangkaian yang paling kuat dan pengguna sentiasa mendapat rangkaian yang terbaik.
  • [7] Smart Control 4.0  Smart Control 4.0 bermaksud, korang boleh synchronized telefon ni dengan banyak peralatan elektronik dengan pelbagai jenama antarabangsa yang ada di rumah seperti TV, air-conditioner, DVD Player, Projekter dan banyak lagi. Ia berfungsi sebagai alat kawalan jauh (remote control). Wow...hebat kan? 
  • [8] Harga  Dengan harga bermula RM1,699.00, ia boleh dikatakan sangat berbaloi dan mampu milik dengan specs, functions and features yang dimuatkan dalam Honor 8 ditambah pula dengan beberapa penambahbaikan daripada Honor 7.
Kesimpulannya, dengan ciri-ciri dan kelebihan yang dinyatakan di atas, Honor 8 adalah pilihan smartphone yang bakal menjadi pilihan pengguna. Jadilah antara pemilik Honor 8 yang terawal. Buat pembelian anda di SINI@Lazada. Kenapa perlu beli di Lazada? Kerana set yang disediakan sangat hebat ditambah pula dengan Free Gift yang menarik ditawakan.   

Maklumat Lanjut : Lazada Honor 8 | Laman Rasmi Huawei


Bersempena dengan #MyCyberSale bermula 26-30 September 2016 ni, Lazada ada menawarkan beberapa pakej bundles dengan harga kasih sayang yang sangat menarik...iaitu :

 RM1,699.00 onlyHonor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)
 RM1,699.00 onlyHonor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)
 RM1,899.00 onlyHonor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)
 RM1,899.00 onlyHonor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)

Love, SNM ♥ xoxo

Thursday, September 22, 2016

No Woman, No Drive


No Woman, No Drive | Korang pernah tengok tak video lagu "No Woman, No Drive" ni, oleh Hisham Faqeeh. Hihi..tetiba teringat pula...dlu ada ternampak orang share video ni. Dah lama video ni...2 tahun lepas. X sangka ada lagu macam ni. Tapi yang lagi penting...motif lagu ni. Cuba korang hayati lagu ni...


Apa pendapat korang? Sebenarnya lagu ni nak menujukkan protes kepada kerajaan Arab Saudi (tempat asal Hisham Faqeeh). Rupanya di Arab Saudi, memang kaum wanita diharamkan untuk memandu. Dasyat kan? Macamana la klu larangan ni wujud di Malaysia? Haru la... Kat Arab Saudi ni macam2 larangan kepada kaum wanita kan? Banyak betul diskriminasi terhadap kaum wanita. Bersyukur di lahirkan di Malaysia. Hehehe...

Nak buat macamana, keje di Kementerian yang membela nasib wanita kan... Haritu kat ofis ada anjurkan seminar untuk menggalakkan wanita jadi pemandu bas. Siap ada temuduga terbuka lagi. Hehehe...

Love, SNM ♥ xoxo


Tuesday, September 20, 2016

[Review] NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Machine

NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Machine | Siapa penggemar kopi? Yeayyy...boleh geng! Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi pasal NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Machine ni kan. Sebab sebelum ni dah ramai bloggers yang buat review pasal mesin ni...sebelum mesin ni mula dijual di Lazada lagi kan? So far, mesin barista ni hanya boleh dibeli di Lazada sahaja taw... 

1st day Lazada dah mula selling mesin ni pada 14 September 2016 lepas, Yana terus beli. Hahaha...Yana ni dikira one of the readers yang terjebak dan terpengaruh selepas baca review daripada bloggers yang lain. Tak salah lagi bila bloggers dipanggil Social Media Influencer! Hehehe...tambah pula coffee addicted memang macamtu...memang pantang. Lagipun sebelum ni memang guna Nescafe Gold Blend je kat rumah @ ofis. Tu yang terus beli sebab terfikir alang² dah memang guna Nescafe Gold Blend.


15 September 2016 haritu, Yana terima parcel NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Machine ni. Kemain eksaited nak balik rumah untuk test. Oh ye...sekarang ni Lazada memang masih letak harga promosi iaitu RM239.00, berbanding harga asal RM399.00. Harga pengenalan ni termasuk NESCAFÉ® GOLD BLEND® Barista Machine + Nescafe Gold Blend Jar (200gm) & Refill Pack (170gm). Memang berbaloi sangat harga ni! So, sesape yang belum beli tu...boleh terus pergi beli kat Lazada taw, sementara masih lagi harga pengenalan ni... Beli kat => SINI

The machine delivers a café menu comprising of 5 different coffee styles (Americano, Lungo, Espresson, Latte & Cappucino)


Latte in the making..... (^^,)



Sekarang heaven sungguh bila dapat minum Latte @ Cappucino setiap pagi...di rumah yer. Siap boleh bekalkan encik suami dengan minuman panas lagi....

Hurry up...Grab yours now [LAZADA]

Love, SNM ♥ xoxo

TIPS & INFO....Sharing is Caring (^^,)